TENTANG AKADEMITANI

Masterclass pertanian

Daripada pakar & pengamal Industri

AkademiTani merupakan platform pendidikan, kursus, bengkel dan latihan yang memfokuskan kepada pembangunan ilmu, kemahiran serta teknologi dalam sektor pertanian.

AkademiTani ialah jenama di bawah Halways Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi InnoHub, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dengan aspirasi untuk menjadi jambatan pemindahan ilmu dan teknologi (knowledge and technology transfer), AkademiTani berperanan menghubungkan pakar akademik, penyelidik dan pakar industri dengan petani, usahawan serta pemain industri pertanian.

Program-program yang ditawarkan menggabungkan pengetahuan saintifik, pengalaman industri dan latihan praktikal bagi memastikan ilmu serta teknologi dapat diterjemahkan kepada aplikasi sebenar.

Melalui pendekatan ini, AkademiTani komited untuk memperkasa komuniti pertanian, meningkatkan produktiviti, menggalakkan inovasi dan melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berdaya saing.

Terokai kursus

Jom sertai AkademiTani

Tingkatkan kemahiran. Jana pendapatan. Bina masa depan.

Pilih kursus anda
Tanya kami